Kelas Keusahawanan – Membuat Poster Menggunakan Canva

15 Disember 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 14 Disember 2023, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Melugu telah mengadakan Kelas Keusahawanan iaitu membuat poster menggunakan Canva.com. Kelas ini diadakan bertujuan untuk memahirkan usahawan membuat asas poster dan menarik minat pelanggan untuk membeli baranagan usahawan.

Kelas ini dimulai dengan pengenalan kepada alatan-alatan yang terdapat di laman web Canva.com. Usahawan dikehendaki untuk memilih template poster (portrait) dan merekacipta poster tersebut dari muka surat yang kosong. Beliau telah diajar cara-cara untuk mencari dan memuat naik gambar-gambar yang berkaitan dengan perniagaan beliau iaitu penjualan kuih-muih. Selain itu, usahawan turut diajar cara untuk memasukkan dan menyusun gambar-gambar dan harga kuih-muih supaya poster tersebut terlihat tersusun dan kemas.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali